Memahami Halalan Toyyiban
Masyrakat Islam seharusnya tahu Islam adalah agama yang syumul. Ia meliputi segala aspek kehidupan, daripada sekecil perkara sehinggalah urusan pentadbiran negara. Dalam erti kata lain, agama Islam menentukan hukum, undang-undang dan peraturan berkaitan kehidupan manusia.
Matlamat pensyariatan hukum Islam adalah meraikan kehidupan manusia sejagat. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, ALLAH SWT menjelaskan sepenuhnya kepada manusia mengenai baik buruk, mahupun halal haram untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat.
Atas kesedaran itu, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) dengan kerjasama Masjid As-Syakirin, KLCC dan Majalah i menganjurkan program bual bicara khas Jumaat dengan membincangkan mengenai soal halal dan haram di dalam kehidupan umat Islam. Antara ahli panel yang dijemput adalah Ustaz Fauzi Mustaffa dan Ustaz Heryanto Rizal Rokman.
Kefahaman halal
Ustaz Fauzi Mustaffa menjelaskan, betapa pentingnya kefahaman terhadap perkara yang halal dan haram itu diberitahu sedari kecil lagi.
"Isu halal dan haram juga bukanlah sekadar pada makanan tetapi juga daripada segala aspek.
"Orang lelaki memainkan peranan yang penting untuk menjelaskan mengenai konsep halal dan haram ini."
Jika mereka memahaminya dengan mendalam akan konsep tersebut, mudahlah untuk memahami dan mengajar kepada isteri dan anak. Barulah mereka selamat dari api neraka.
Halal bukan sahaja pada makanan tetapi juga ia melibatkan pakaian, budaya adat, dan kepercayaan muamalat sama ada hubungan sesama Islam atau bukan Islam, hiburan, kekeluargaan, perkahwinan, dan pekerjaan.
Dalam berpakaian contohnya, ia juga ada halal dan haramnya. Tujuan pakaian pada pandangan Islam mestilah menutup aurat. Ini adalah kurniaan ALLAH pada umat manusia seluruhnya.
Jangan kita tersalah faham sehingga dilabel berpakaian tetapi telanjang. Kita perlu tahu dan faham konsep menutup aurat dan berhias itu dengan sebetulnya.
Dalam berhias, ada perhiasan yang dibenarkan hanya untuk wanita sahaja dan haram bagi lelaki seperti emas dan sutera. Begitu juga dalam bab perkahwinan. Ia adalah sunnatullah yang mana pada asalnya halal dan begitu digalakkan dalam Islam tetapi ia juga boleh menjadi haram.
"Meminang isteri orang yang masih dalam iddah adalah haram begitu juga dengan istilah cina buta.
"Ia jatuh kepada dosa besar,” jelasnya lanjut.
Halal dan Toyyiban
Bagi Ustaz Heryanto Rizal Rokman, halal itu bukan sahaja dituntut oleh orang Islam sahaja tetapi juga bagi masyarakat yang bukan Muslim.
“Mencari yang halal itu bukan hanya orang Islam sahaja, tetapi juga bagi yang bukan Islam.
"Mereka merasakan betapa pentingnya mencari makanan yang halal untuk menjadikan kehidupan mereka menjadi lebih baik."
Beliau menambah, namun konsep halal bagi bukan Muslim hanyalah pada makanan sahaja bukan yang lain. Tetapi Islam lebih dari itu.
Bagi umat Islam apabila kita bicara mengenai konsep halal, ia melangkau pada toyyiban (sesuatu yang baik). Jadi apabila disebut halalan toyyiban ia memberi maksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok.
Konsep ini sangat positif untuk semua aspek kehidupan manusia. Ia adalah satu tuntutan dan menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memenuhinya.
“Memakan makanan haram menyebabkan kemurkaan ALLAH. Jasad terdapat daging dan darah yang terhasil daripada sumber haram tidak diterima ibadatnya dan sukar dimakbulkan doanya.
"Di akhirat hidupnya adalah dalam neraka. Sepertimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sesuatu haram, maka apa neraka baginya adalah lebih utama,” jelasnya.
Menurutnya, memakan makanan yang haram memberi kesan besar kepada kehidupan Muslim terutama dalam mempengaruhi jiwa dan minda. Jasad yang terbina daripada makanan haram akan mendorong melakukan perbuatan yang dilarang ALLAH. Masyrakat Islam seharusnya tahu Islam adalah agama yang syumul.
Ia meliputi segala aspek kehidupan, daripada sekecil perkara sehinggalah urusan pentadbiran negara. Dalam erti kata lain, agama Islam menentukan hukum, undang-undang dan peraturan berkaitan kehidupan manusia.
Matlamat pensyariatan hukum Islam adalah meraikan kehidupan manusia sejagat. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, ALLAH SWT menjelaskan sepenuhnya kepada manusia mengenai baik buruk, mahupun halal haram untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat.
Atas kesedaran itu, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) dengan kerjasama Masjid As-Syakirin, KLCC dan Majalah i menganjurkan program bual bicara khas Jumaat dengan membincangkan mengenai soal halal dan haram di dalam kehidupan umat Islam. Antara ahli panel yang dijemput adalah Ustaz Fauzi Mustaffa dan Ustaz Heryanto Rizal Rokman.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
privatebundas.blogspot.com
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tidak ada komentar:
Posting Komentar