Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas
seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum
agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT.
kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan
Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa
yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa
terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan
memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa
insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka
mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat
atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih
afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Sunat Taubat:
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.
5. Baca Doa Taubat
.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat bagi dirinya. ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن
يُكَفِّرَ عَنكُمْ
سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
يَوْمَ لَا يُخْزِي
اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ
أَيْدِيهِمْ
وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ
كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴿٨﴾
(Surah At-Tahrim : Ayat 8)
Artinya :
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat
Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam
Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan
menghinakan
Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman
dan amal
soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan
mereka
(semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik
meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi
kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
baca juga :Sholat Awwabin